Friday, 12 February 2016

Pengalaman Bercuti Di Kampung Datuk

         Pada cuti sekolah yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga melawat ke kampung datuk. Apabila kami mengetahui ke mempunyai peluang untuk bercuti di kampung datuk, kami bagai tikus jatuh ke berus. Selepas itu, kami pun bertolak ke kampung datuk. 

          Dalam pejalanan, kami dapat melihat pemandangan yang indah nian. Tumbuh tumbuhan yang berhijau meliang liuk dan angin bertuip sepoi sepoi bahasa. Jalan ke kampung datuk bagai ular kena palu. Adik saya bagai murai tercabut ekor kerana dia sangat bising dalam pejalanan ini.

          Selepas menempuh pejalanan dua jam, kami pun tiba di destinasi. Datuk dan nenek menyambut kedatangan kami lalu bersalam dengan kami untuk melelpaskan keriduan. Selepas itu, kami dapat menghidu masakan nenek yang wangi. Rupa rupanya nenek telah menyediakan lauk pauk untuk kami sekeluarga seperti ikan patin, masak tempoyak, ikan keli dan sebagainya. 
          
           Selepas makan, datuk membawa kami ke dusunnya. Kami dapat menjumpa pelbagai buah buahan dan menikmati buah buahan yang manis.Selepas itu, ayah berbual bual dengan datuk manakala saya bermain permainan tradisional dengan adik saya.

            Pada hari kedua, nenek membawa kami ke tepi pantai. Keadaan di tepi pantai Bagai ikan dalam belat. Selepas itu, kami bermandi manda dan membina istana pasir bersama sama.
 
             Pada hari ketiga, kami pun pulang ke rumah. Ini merupakan memori yang indah dalam hidup saya. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang indah dan manis dalam hidupan saya.

Faedah Membaca

         Amalan membaca merupakan amalan yang amat bermanfaat. Antaranya kita dapat mengisi masa lapang. 

         Kita boleh mengisi masa lapang dengan membaca pelbagai  buku seperti buku komik, majalah, buku rujukan dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh membaca pelbagai bahan ilmia dan bukan bahan ilmia. dengan mengisi masa lapang, kita juga boleh menjauhkan diri daripada gejala sosial seperti merokok, menghisap dadah, menyepak dan sebagainya.

         Di samping itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita boleh menambahkan banyak kosa kata dan dapat menghasilkan karangan yang mantap dan berkualiti. Selain itu kita juga boleh mengetahui isu isu semasa seperti  sukan, ekonomi, politik dan sosial dengan membaca surat khabar. Jika kami mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan, kita tidak akan digelar sebagai katak di bawah tempurung.

         Dengan membaca, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.Pada masa lapang, kita boleh mengajak kawan kawan untuk membaca di perpustakaan atau membaca bersama dengan keluarga. Kita boleh menukar idea masing masing sambil berbual bual.

          Selain itu, kita akan menjadi bijak dan pandai.Kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Dengan keputusan yang cemerlang, kita dapat melanjutkan perlajaran ke menara gading. Kita akan dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat semasa kita merupakan orang yang berilmu. 

            Kesimpulannya, amalan membaca memepunyai banyak faedah.Oleh itu, kita haruslah membaca.  

家居安全的重要性

           放学后,饥肠辘辘的我迫不及待地走回家。刚到家门口,就看到妹妹正和邻家小孩玩“家家酒”。她们都玩得很开心。看着妹妹认真地做菜、招待她的客人,一副小大人的模样,我心里不禁一笑。我不想打扰她,径自走入厨房找妈妈。

           只见妈妈在厨房正急得如热锅上的蚂蚁得团团转。我赶紧向前去询问到底是怎么回事。原来妈妈中午时在客厅切完水果后,忘了把水果刀放回原位,如今那把水果刀已经不见了。我跟妈妈几乎都把客厅和厨房翻转过来了,还是没有见到那把刀子的踪影。

            突然,我瞥见  墙角的矮凳子时,脑袋灵光一闪,立刻往门口奔去。妹妹果然拿着水果刀做菜呢!妈妈立刻连哄带骗,把刀子拿过来  。我们这才松了一口气。

            亲眼看见有惊无险的这一幕后,我才明白家具安全重要性。

Image result for safetyImage result for safety

Chinese New Year


Perkorbanan seorang ibu

Terima kasih ibu yang saya hormati.Kinilah saya mengetahui jasa kamu.


Ibu Kesayangan Saya

             Semua orang mempunyai seorang ibu kecuali anak anak yatim. Begitu juga dengan saya. Ibu saya bernama Koh Wai Yee. Beliau berumur tiga puluh sembilan tahun.
             Ibu saya mempunyai rambut yang ikal mayang. Beliau mempunyai lesung pipit pada pipinya.Oleh itu, semasa beliau mengukirkan senyumannya, warjanya akan menjadi manis. Beliau berkulit kuning langsat.
             Ibu saya merupakan seorang suri rumah tangga. Beliau merupakan suri rumah tangga yang bertanggungjawab kerana beliau akan menyediakan makanan untuk kami sekerluarga setiap hari. Beliau juga seorang yang prihatin. Ibu saya akan mengulang kaji dengan saya walaupun beliau sangat sibuk.
              Pada masa lapang, beliau akan berjoging atau bermain badminton bersama dengan kami sekeluarga. Beliau suka bermain badminton kerana dapat menjauhkan diri daripada penyakit kronik seperti sakit jantung, sesak nafas, kencing manis dan sebagainya. Selain itu, beliau juga akan belajar memasak masakan yang lain untuk kami sekeluarga.
              Hobi ibu saya ialah membaca. Beliau suka membaca sebelum beliau hendak tidur. Ibu saya sentiasa menggalakan saya belajar bersungguh sunggguh supaya tidak digelar sebagai katak di bawa tempurung.
              Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang menjaga saya bagai menatang miyak yang penuh.Saya berdoa supaya ibu saya hidup panjang.