Faedah Membaca
Amalan membaca merupakan amalan yang amat bermanfaat. Antaranya kita dapat mengisi masa lapang.
Kita boleh mengisi masa lapang dengan membaca pelbagai buku seperti buku komik, majalah, buku rujukan dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh membaca pelbagai bahan ilmia dan bukan bahan ilmia. dengan mengisi masa lapang, kita juga boleh menjauhkan diri daripada gejala sosial seperti merokok, menghisap dadah, menyepak dan sebagainya.
Di samping itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita boleh menambahkan banyak kosa kata dan dapat menghasilkan karangan yang mantap dan berkualiti. Selain itu kita juga boleh mengetahui isu isu semasa seperti sukan, ekonomi, politik dan sosial dengan membaca surat khabar. Jika kami mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan, kita tidak akan digelar sebagai katak di bawah tempurung.
Dengan membaca, kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.Pada masa lapang, kita boleh mengajak kawan kawan untuk membaca di perpustakaan atau membaca bersama dengan keluarga. Kita boleh menukar idea masing masing sambil berbual bual.
Selain itu, kita akan menjadi bijak dan pandai.Kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Dengan keputusan yang cemerlang, kita dapat melanjutkan perlajaran ke menara gading. Kita akan dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat semasa kita merupakan orang yang berilmu.
Kesimpulannya, amalan membaca memepunyai banyak faedah.Oleh itu, kita haruslah membaca.
You help me a lot!
ReplyDeletehahaha,so lol WTF is not help me!
ReplyDelete