Friday, 12 February 2016

Ibu Kesayangan Saya

             Semua orang mempunyai seorang ibu kecuali anak anak yatim. Begitu juga dengan saya. Ibu saya bernama Koh Wai Yee. Beliau berumur tiga puluh sembilan tahun.
             Ibu saya mempunyai rambut yang ikal mayang. Beliau mempunyai lesung pipit pada pipinya.Oleh itu, semasa beliau mengukirkan senyumannya, warjanya akan menjadi manis. Beliau berkulit kuning langsat.
             Ibu saya merupakan seorang suri rumah tangga. Beliau merupakan suri rumah tangga yang bertanggungjawab kerana beliau akan menyediakan makanan untuk kami sekerluarga setiap hari. Beliau juga seorang yang prihatin. Ibu saya akan mengulang kaji dengan saya walaupun beliau sangat sibuk.
              Pada masa lapang, beliau akan berjoging atau bermain badminton bersama dengan kami sekeluarga. Beliau suka bermain badminton kerana dapat menjauhkan diri daripada penyakit kronik seperti sakit jantung, sesak nafas, kencing manis dan sebagainya. Selain itu, beliau juga akan belajar memasak masakan yang lain untuk kami sekeluarga.
              Hobi ibu saya ialah membaca. Beliau suka membaca sebelum beliau hendak tidur. Ibu saya sentiasa menggalakan saya belajar bersungguh sunggguh supaya tidak digelar sebagai katak di bawa tempurung.
              Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang menjaga saya bagai menatang miyak yang penuh.Saya berdoa supaya ibu saya hidup panjang.

4 comments: